Monday, February 6, 2012

11 taman atas atap yang terdapat di dunia

 

Tanaman dan bunga ibarat aliran darah bagi bumi, menyediakan oksigen untuk manusia dan haiwan. Walaupun begitu tidak semua orang beruntung mempunyai ruang yang cukup untuk menwujudkan taman yang hijau, terutama penduduk di bandar. Tapi itu tidak menghalangi pereka bangunan dan perancang bandar untuk mencipta ruang hijau. Tidak ada tanah kosong, atap bangunan pun jadi.

1. Waldspirale

Waldspirale merupakan sebuah apartemen di Darmstadt, Jerman, dibina pada tahun 1990-an. Namanya bererti spiral berpokok,, mencerminkan plan dari bangunan itu dan juga mempunyai taman di atas atapnya. Arkiteknya ialah Heinz M. Springmann, bangunan ini selesai dibina pada tahun 2000.

2. California Academy of the Sciences
Rana Creek, nursery yang membina taman di atas atap Akademi, dengan inovatif membuat agar tanaman dan tanahnya tidak mengelongsor pada lerengnya. Dengan menggunakan getah pokok dan sekam dari kelapa, mereka menciptakan pori-pori serap, jalur-jalur hijau yang tidak menglongsor. Masing-masing tebalnya tiga inci dengan luas 17 inci persegi dan disusun seperti lantai keramik. Dalam beberapa minggu akar-akar tanaman akan bersatu menjadi tanah tanaman yang kukuh.

3. Roof Garden on Fifth Ave
Ini taman di sebuah bangunan di Fifth Ave, New York City. Khabarnya,Adegan filem spiderman bersama kekasihnya diambil di lokasi ini.

4. Taman di Atas Bangunan 40th Story HDB

5. Singapore School of Art and Design
Pereka bangunan sekolah seni dan rekabentuk di Singapora ini menciptakan ruang awam yang hijau pada lokasi-lokasi yang tidak diduga.
Terdapat pula kolam-kolam, pohon-pohon pelam, pulau-pulau kecil dan lain-lain yang sangat menarik dari segi estetika dan keindahan disamping kesegaran ruang hijau.

4. Ghibli Museum di Tokyo, Japan.

5. ACROS Fukoka Building, Jepang

6. Taman di Atas Atap Lantai Enam St. Luke’s International Hospital di Akashi, Tokyo

7. Taman di Atap Penthouse di New York
Ini adalah salah satu contoh atap bangunan orang-orang kaya di New York.

8. Taman di Atas Atap Klub Spa
Lokasinya di atap bangunan klub spa di Embarcadero section di San Francisco.

9. Taman Atap di Battery Park City Solaire
The Solaire, salah satu blok petempatan di New York yang dibina dengan konsep yang fokus pada persekitaran mesra.

10. City Hall building di Chicago
Untuk menjimat tenaga dan wang untuk kos pendingin ruangan semasa musim panas, sebuat taman hijau dicptakan di atas bangunan City Hall Chicago tahun 2000.
Semasa ini ribuan jenis tenaman tumbuh di sini dengan lebih dari 150 species tanaman dan mampu menjimatkan kos utiliti hingga $5000 dollar per-tahun.

10. The Australian Parliament Building di Canberra
Baru-baru ini bangunan parlimen Australia ini di-reka dengan atapnya yang hijau.

11. Atap Hijau Terluas di Dunia di Pabrik Ford
The Ford Motors Rouge Factory, direka oleh Bill McDonough, merupakan atap hijau terluas di dunia yang luasnya mencapai 454 ribu kaki persegi.

Sepertinya apa sahaja boleh ditanam di atas atap bangunan, kalau tidak percaya lihat gambar bangunan tua di Itali di bawah ini. Tapi yang ini sedikit keterlaluan. Mungkin bangunannya sendiri boleh rosak oleh tanamannya.

 
kusumakomp

10 lokasi pemandangan paling menakjubkan di dunia

10 lokasi pemandangan paling menakjubkan di dunia

Kalau anda punya penyakit takut akan ketinggian, sebaiknya anda tidak mengunjungi tempat-tempat ini.

Dachstein Sky Walk (Austria)

pemandangan

Disebut “Balkon pergunungan Alpina”, Dachstein Sky Walk berada pada ketinggian 2700 meter diatas permukaan laut dan di atas batuan vertikal Hunerkogel setinggi 250 m.

Pemandangan 360 darjah memperlihatkan pada para pengunjung pemandangan Slovenia di selatan Republik Czech di sebelah utara. Skywalk jauh lebih tinggi dari platform di air terjun Niagara ataupun yang berada di air terjun Iguazu, Brazil.

Aurland Lookout (Norway)

pemandangan indah

Arkitek Todd Saunders dan Tommie Wilhelmsen ditugaskan untuk membuat rekabentuk tempat perhentian yang indah di atas gunung Aurland di Norway dan menghasilkan si cantik ini yang mendapat tempat pertama tempat tarikan pelancung Norway.

Sisi paling luar platform – yang melengkung untuk membentuk fondasi struktur – ditutup oleh sebuah kaca, memberikan pemandangan luar biasa ke daratan di bawah untuk mereka yang berani berjalan sampai paling hujung.

Grand Canyon Skywalk (Arizona – USA)

pemandangan menakjubkan

Platform memanjang berbentuk ladam kuda ini bergantung tepat 4000 kaki di atas tanah dan memanjang 65 kaki dari hujung tebing Grand Canyon. Skywalk berbentuk ladam kuda ini dibangun dari tembok kaca setebal 4 inci dan pengunjung diharuskan memakai alas kaki anti guris bila ingin berjalan dan melihat pemandangan di sana.

Ciptaan ini adalah ciptaan arkitektur luar biasa yang sanggup menahan berat sehingga 70 tan (setara dengan 14 ekor gajah afrika) dan dapat menahan tiupan angin sehingga 100 meter per jam.
 
Platform Gantung Air Terjun Iguazu (Brasil dan Argentina)
pemandangan

Selain dari air terjun yang memang menakjubkan, tempatnya yang berada di hutan simpan subtropika membuat pelancung di tempat ini semakin tertarik. Untuk menghargai kebesaran dan kemegahannya, baik sekali untuk melihat air terjun ini dari skywalk.

Platform pemandangan ini begitu dekat sehingga anda akan terkena percikan air dan dibuat kedap oleh bunyi air jatuh dari ketinggian 80 kaki yang memekakkan telinga.

Menara Pencakar Langit Auckland

pemandangan indah

Menara pencakar langit Auckland setinggi 328 m adalah bangunan tertinggi di belahan bumi bahagian selatan. Memerlukan 2000 ton besi, 660 ton baja kerangka bangunan dan 15000 meter kubik semen untuk membinanya.

Bangunan ini dapat menahan angin berkelajuan 200 km/jam, gempa pada kekuatan 8 skala richter dan di hari yang cerah, pemandangan boleh mencapai 82 km. Puncak dalam ruangan yang tertinggi adalah Sky deck dengan kaca tanpa sambungan yang memberikan pemandangan 360 darjah.

Illawara Fly Tree Top Walk (Australia)

pemandangan indah

Tempat ini dibuka setelah 5 bulan dibina. Terletak di Knights Hill di atas tebing dekat Robertson di dataran tinggi selatan, Illawara Fly Tree Top Walk membolehkan pengunjung untuk berjalan-jalan di antara kanopi hutan hujan 25 meter di atas tanah di atas platform besi.

Lorong berjalan setinggi 500 m ini mempunyai tangan penyangga yang membawa pengunjung ke hujung tebing dan menawarkan pemandangan garis pantai dari Kiama sehingga Shellharbour.

Landscape Promontory

pemandangan

Landscape Promontory adalah platform pemandangan gantung yang direkabentuk Paolo Burgi sebagai bahagian projek Cardada, sebuah revitalisasi gunung Cardada yang dapat selesai pada tahun 2010.

Lorong yang dibuat dari besi dan titanium berakhir pada platform pemandangan dengan pemandangan Lago Maggiore. Bukan hanya pemandangan yang dapat dinikmati para pengunjung. Simbol–simbol di ubin dan keterangan keterangan yang tertulis di susuran platform menawarkan rujukan tentang sejarah dan kesusasteraan.

Infinity Room at the House of the Rock (Wisconsin – USA)

pemandangan indah

House on the Rock, pertama kali dibuka pada tahun 1959, adalah kompleks ruangan, jalan, ladang, dan kedai dengan rekabentuk arkitektur unik oleh Alex Jordan, Jr. Letaknya di Spring Green, Wisconsin, dan merupakan tempat tarikan pelancung.

The Infinity Room di rumah itu memanjang beberapa ratus kaki dari lembah, tanpa penyangga di bawahnya, dengan lebih dari 3000 jendela buatan tangan di pinggirnya.

Il Binocolo (Itali)

pemandangan

Di dalam ladang kastil Trauttmansdorff, Itali anda akan menemui platform besi yang memukau ini keluar dari antara pepohonan.

Namanya, yang bererti teropong, berasal dari bentuk atap kecil platform tersebut dan pemandangan sekitar. Di reka oleh arkitek Matteo Thun.

Puncak Tyrol (Austria)

pemandangan

Top of Tyrol (Puncak Tyrol) yang direka oleh Astearchitecture adalah platform pemandangan setinggi 3000 m di atas permukaan laut di atas glesier Stubai di Tyrol, Austria.

Baja tahan cuaca digunakan dalam pembinaannya untuk menahan cuaca ekstrem sehingga anda dapat berdiri 9 meter dari puncak gunung untuk melihat pemandangan Glesier Stubai.arenaphoto

10 tempat paling unik dan aneh di dunia

10 tempat paling unik dan aneh di dunia

Bumi di mana kita hidup mempunyai banyak tempat luar biasa, baik keunikannya, keanehannya.

Berikut ini 10 tempat unik dan aneh di seluruh dunia:

1. GuaĆ­ra Falls, sempadan Brazil-Paraguay


Kebanyakan orang menganggap air terjun Niagara adalah yang terbesar di dunia. Sedangakan Guaira Falls lah yang terbesar di dunia dengan jumlah air terjun yang mencapai kira-kira 1.750.000 kubik per-saat. Bandingkan dengan Niagara Falls yang hanya 70.000 kubik per-saat.

Sumber Guaira Falls yang terletak di sempadan Brazil-Paraguay, adalah sungai Parana. Pada tahun 1982, lokasi air tejun Guaira ini dibina empangan untuk hidro elektrik yang dinamakan Itaipu Dam merupakan empangan hidro elektrik kedua terbesar di dunia setelah Gorges Dam. Itaipu Dam menyalurkan 90 peratus elektrik ke Paraguay, dan 19 peratus ke Brazil, iaitu Rio de Janeiro dan Sao Paulo.

2. Iceberg B-15, Antartika


Gunung ais B-15 adalah gunung ais terbesar yang tercatat dalam sejarah. Luasnya mencapai 3.100 km, menjadikannya lebih besar dari Pulau Jamaica. Gunung ais raksasa ini terjadi kerana bongkahan Ross Ice Shelf pada Mac 2000.

Maka pada tahun 2003, gunung ais B-15 ini kembali pecah menjadi beberapa bahagian, salah satunya yang terbesar disebut B-15a hanyut ke utara, akhirnya hancur ke dalam glesier pada tahun 2005, meninggalkan bongkahan sepanjang 8 km. Keadaan ini menyebabkan perubahan besar pada peta Antartika dan patut dinilai semula petanya.

Sebahagian hanyut ke sepanjang pantai akhirnya pecah. Pada tahun 2006, angin taufan di Alaska, menyebabkan gelombang lautan yang merentas hingga 13.500 km selama 6 hari ke Antartika, dan memisahkan baki pecahan pecahan menjadi semakin banyak.


Hampir satu dasawarsa berlalu, bahagian-bahagian gunung ais itu masih belum cair seluruhnya, bahagian yang terbesar masih dianggap sebagai B-15a, dengan luasnya mencapai 1.700 Km.

Gambar di atas merupakan gunung ais yang disebut B-15a sesudah hanyut ke dalam Drygalski Glasier (terbawah), akhir nya pecah menjadi beberapa bahagian.
3. Don Juan Pond, Antartika



Tempat manakah yang paling tinggi kandungan garamnya? Pasti orang akan menyebut Laut Mati. Laut Mati memang terkenal di dunia kerana kandungan garamnya yang sangat tinggi. Berdasarkan kajian, air laut kandungan garam tinggi itu boleh menjadi terapi kesihatan.

Tak hairan kalau di sekitar Laut Mati banyak dibina spa-spa untuk terapi, khususnya terapi kecantikan dan kesihatan. Namun, Laut Mati bukanlah yang termasin di dunia. Jadi di Antartika lah, tempatnya Don Juan Pond,merupakan tasik dengan kandungan garam tertinggi di dunia.


Perbezaannya jika dibandingkan dengan laut pada umumnya, Don Juan Pond 18 kali lebih masin daripada air laut biasa, jika dibandingkan dengan Laut Mati, Don Juan Pond 8 kali lebih masin.


Lokasi ini ditemui oleh Lt Don Roe dan Lt John Hickey, pada tahun 1961, semasa keduanya melakukan kajian di Antartika. Nama Don Juan Pond juga diberi mengikut nama kedua pengkaji tentera ini, hasil gabungan nama keduanya.

Suhu di kolam itu-seperti umumnya di kawasan Antartika, cukup rendah, dengan paras terendah boleh mencapai -30 darjah Celcius. Namun tidak pernah sehingga membeku seperti tempat lain di Antartika.


4. Rotorua, New Zealand


Rotorua adalah bandar di tepi laut selatan tasik dengan nama yang sama. Lokasinya di Teluk Plenty, pulau utara New Zealand. Keunikan dari kawasan itu adalah banyaknya kolam-kolam sumber air panas, khususnya Pohutu Geyser di Whakarewarewa, dan lumpur- lumpur mendidih. Kawasan itu menjadi unik dan menarik sehingga banyak dikunjungi pelancung.

5. 83-42, Greenland



Aneh dan unik. Tapi 83-42 dipercayai merupakan satu-satunya bidang tanah yang ada di bahagian utara. Memang hanya ‘secoik’ ukurannya kira 35 m x 15 m dan tinggi 4 m. Kalau dilihat dari atas, ibarat hanya setompok tanah yang dikelilingi pecahan pecahan ais.

Unik! jika kutub utara dilitupi oleh ais, namun tanah ini tidak. Lihat gambar! Keunikan ini sekaligus memecahkan rekod sebelumnya iaitu ATOW 1996. Keunikan 83-42 ini ditemui tahun tahun 1998.


6. Socotra, Republic of Yemen



Socotra tempat paling aneh sekaligus paling unik di dunia. Hampir semua yang ada di sana kelihatan aneh, bermula dari bentuk pokok ataupun sekitarnya, tidak hairan banyak yang menyebut Socotra yang berada di Republik Yemen sebagai salah satu kawasan alien di dunia.

Tempatnya sangat aneh, iklim kering lain daripada yang lain. Keanehan ini menyebabkan kehidupan tanaman maupun benda apapun di sana tumbuh dengan aneh. Sebut saja tanaman terkenal seperti Dragon’s Blood Tree yang aneh, bentuknya sangat tidak umum.

Pokok ini menghasilkan getah berwarna merah. Di sana juga ada binatang binatang asli, seperti burung-burung, labah-labah dan binatang asli lainnya. batuan juga karang, yang bentuknya tidak umum dan hanya ada di pulau itu. Dengan segala keanehan isi pulau ini, tak hairajikan Socotra, pulau yang berada di laut arab, termasuk dalam Warisan Peninggalan Dunia.


7. The Great Dune of Pyla, Perancis



Yang kita tahu bahwa Eropah tidak mempunyai gurun, hanya bukit pasir yang biasa saja. Tapi anggapan ini salah. Eropah mempunyai bukit pasir unik iaitu Pyla, panjangnya 3 km, lebar 500 m dan tinggi 100 meter.

Bukit pasir ini sangat curam sebahagiannya menghadap ke hutan. Tempat ini terkenal kerana menjadi tempat aktivitis paragliding. Selain keunikan bukit pasir itu, yang juga menakjubkan adalah pemandangan sekitarnya di mana dari ketinggian kita boleh melihat laut dan hutan. Bukit pasir ini jauh lebih tinggi dari hutan, sehingga dari bukit pasir itu kita boleh melihat semuanya.


8. Meteor Crater, USA



Meteor Crater adalah kawah yang terbentuk akibat jatuhnya meteorit. Letaknya sekitar 43 mil (69 km) sebelah timur Flagstaff, dekat Winslow di gurun utara Arizona Amerika Syarikat.
Tempat itu disebut Meteor Crater kerana sesuai dengan nama kantor post. Kawah meteor ini dikatakan terbentuk sejak 50.000 tahun lalu pada zaman Pleistocene ketika iklim setempat menjadi lebih sejuk dan basah.
Pada masa itu kawasan ini adalah padang rumput yang luas serta hutan yang dihuni oleh wol mammoths, dan unta. Mungkin kawasan itu belum di huni manusia. Meteor yang jatuh itu mengandung nikel dan membentuk kawah seluas 50 meter.

9. Mount Roraima, Venezuela, Brazil and Guyana


Mount Roraima adalah tempat luar biasa yang indah. Gunung batu ini berbentuk unik kerana seperti kap meja yang berada di awan. Tingginya 400 meter.
Satu satunya cara untuk mencapai puncak atap meja itu adalah dengan memanjat jalur tangga yang memang sudah disediakan kerajaan Venezuela. Cara lain yang tidak disarankan adalah yang biasa dilakukan para pemanjat tebing.
Di sana hujan hampir turun setiap hari, menghayutkan tanaman - tanaman menjalar yang berada di atas atap. , akibatnya atap gunung itu menjadi unik, kerana bersih seperti ‘meja kosong’.

10. The Door To Hell, Turkmenistan



Tempat ini mungkin sudah semua tahu, paling kurang telah membaca beritanya atau melihat gambar-gambarnya. Memang tak hairan kerana fenomena alam di Turkmenistan ini sangat unik.
Orang menyebutnya ‘Pintu Neraka” kerana di kawah selebar 70 meter itu keluar api yang terus menerus sejak 35 tahun terakhir. Bermula dari tahun 1971 di mana geologi menjadikan kawasan itu untuk mencari lombong gas.
Apa yang terjadi adalah semburan api dari bawah yang terus menerus, malah memusnahkan segala peralatan mereka. Ahli geologi ini tidak ada yang berani turun ke dalam kawah beracun itu.